Front cover image for Black Maria

Black Maria

11 April 1978 ... bot laju yang dipandu oleh Tuan Hashim telah kemalangan. Tuan Hashim berjaya menyelamatkan isterinya Puan Sabariah, dan Razlan anak sulung mereka berjaya menyelamatkan diri sendiri. Dua orang anak mereka, Rashid dan Rasul hilang ditelan ombak ganas. 11 April 2001 ... dalam misi memburu pembunuh isterinya, bekas tentera elit, Azman mengamal undang-undang sendiri, menghapuskan setiap ketua penjahat sebagai dendam peribadi. Satu malam, Azman berjaya menyelamatkan seorang gadis, Maria, yang hampir dibunuh oleh pembunuh dan perogol bersiri, Psycho. Maria adlaah adik kepada Razlan, yang disahkan menghidap kanser otak, hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup. Apabila Psycho sekali lagi cuba membunuh Maria, Razlan bimbang dan pujuk Azman untuk menjaga adiknya. Izani, seorang ahli perniagaan yang berkaliber, tidak dapat menerima hakikat bahawa dia adalah anak angkat kepada keluarga Tan Sri Aziz. Mengambil keputusan meninggalkan rumah, perniagaan dan kekasihnya. Razlan membuat keputusan penuh drastik, menyerahkan perniagan kepada musuh utamanya, Izani, dengan harapan Izani menjaga keluarganya. Razlan mengambil keputusan pulang ke Kota Bahru bagi menghabiskan sisa terakhir hidupnya. Malang tak berbau, Razlan diculik oleh sekumpulan penjahat yang meminta wang tebusan sebanyak RM1 juta. Azman, Izani, Maria dan Puan Sabariah bergegas ke Kota Bahru untuk menyerahkan wang tebusan. Sesampai di banglo, baru mereka menyedari yang mereka adalah anak Puan Sabariah yang terpisah 23 tahun yang lepas. Satu pertemuan keluarga yang penuh menyayat hati, namun kegembiraan mereka hanyalah sementara ..

Video, Malay, 2003
Speedy Video Distributors, Kuala Lumpur, 2003