Front cover image for Impak maksima

Impak maksima

Sinposis: Ayie (Awal Ashaari) adalah seorang pelajar kolej yang digambarkan sangat meminati perlumbaan kereta ini. Tetapi Johari (Eizlan Yusuf) abang kepada Ayie yang pernah menjadi pelumba drift dan menjalankan perniagaan servis kereta, melarang Ayie terlibat dengan perlumbaan haram tersebut. Ini kerana Johari bertanggungjawab terhadap adiknya selepas kematian ibu bapa mereka. Masalahnya Ayie berlumba kereta drift itu secara haram dan dia terlibat pula dengan Ray (Zul Huzaimy), watak antagonis dalam filem ini. Puncanya bermula daripada kawan Ayie (Opie Zami) yang mencabar Ray berlumba gara-gara terdesak untuk membayar hutangnya kepada ah long. Dalam perlumbaan secara haram ini bukan sahaja ia melibatkan pertaruhan wang, tetapi ia juga melibatkan gadis-gadis jalanan, seks, dadah dan juga gengsterism. Untuk mengatasi semua masalah ini, pengarah Ahmad Idham mengambil jalan mudah dengan meletakkan seorang anggota polis yang menjalankan tugas secara menyamar sebagai gadis drift iaitu Maria (Dynaz)

Film, Malay, 2007
Metrowealth Movies Production, Subang Jaya, Selangor, 2007