Front cover image for Kelibat

Kelibat

Eyra Rahman (Director), Panel MIG, David Teo (Producer), Niezam Zaidi (Actor), Atikah Suhaime (Actor), Fauzi Nawai (Actor), Elle Suriati (Actor), Nur Qistina Raisah (Actor), Shima Anuar (Actor), Ruminah Sidek (Actor)
Kelibat mengisahkan tentang keluarga Kamal (Fauzi Nawawi), Kalin (Elly Suriati) dan tiga orang anak mereka, Azahari (Niezam Zaidi), Azalia (Atikah Suhaime) dan Azmira (Nur Qistina Raisah) terpaksa berpindah dari rumah mereka. Kamal jatuh muflis menyebabkan rumah banglo mereka dilelong dan asetnya dibekukan. Lebih rumit lagi apabila Kamal terikat dengan pinjaman ah long yang membuatkan Kamal tekad membawa keluarga beliau jauh dari kota. Kamal telah menyewa sebuah resort tidak berpenghuni yang dijaga oleh Mak Mah (Ruminah Sidek) dan cucunya Linda (Shima Anuar). Kamal tidak memberitahu dan berbincang dengan isteri dan anak-anaknya tentang perpindahan itu. Ini menyebabkan mereka memberontak dan ditambah dengan hakikat bahawa mereka telah muflis. Apakah kesudahan kehidupan keluarga ini? Dapatkah Kamal menenangkan keluarga beliau daripada terus memberontak atau sebaliknya?

DVD Video, Malay, 2014