Lady boss
Filem ini mengisahkan seorang gadis, Sheila yang bersikap ego tanpa mengira masa dan tempat. Dia anak seorang usahawan terkenal, Datuk Yusry. Sheila menguruskan perniagaan bapanya dengan cekap tetapi sering membelakangkan nilai kemanusiaan dan terlalu tegas dalam menjalankan kerjanya. Kewibawaannya tercabar dengan kehadiran seorang pemuda bernama Saiful kerana lelaki itu peramah, kelakar dan jujur serta bersikap sederhana. Saiful sering menimbulkan kemarahan Sheila. Saiful terpikat pada gadis bernama Salmi. Datuk Yusry menyayangi Sheila bagaimanapun tidak dapat menahan sabarnya apabila melihat anak gadisnya itu bersikap biadap terhadap seorang pengawal keselamatan
Film, Malay, 2005
Metrowealth Movies Production, Kuala Lumpur, 2005